Friday, August 8, 2008

SALAM PERKENALAN....


Buat pertama kalinya ana mengaplikasikan teknologi maklumat hasil ciptaan manusia ini terasa seperti ana benar-benar ketinggalan. Namun, berkat kesungguhan untuk mencuba sesuatu yang baru bagi ana ( rasanya kewujudan blog ini telah lama cuma ana sahaja yang baru menggunakannya), maka terhasillah blog ciptaan ana yang tidak seberapa ini. Selama ini ana hanya melihat dan membaca blog sahabat-sahabat ana sahaja. Kini hasrat ana untuk membina blog sendiri termakbul sudah..Di harap segala kekurangan yang terdapat di dalam blog ini tidak menjadi halangan kepada akhwat-akhwat yang datang melawat...

SALAM PERSAUDARAN BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN BLOGGER YANG SUDI MENGUNJUNGI BLOG ANA INI